Followers

Friday, October 31, 2014

Tempahan Puan Hana

Assalamualaikum

Puan Hana menempah set tote bag dan pencil case dan juga diaper bag untuk dihadiahkan kepada teman yang baru melahirkan anak. Tote bag dan pencil case tu untuk anak perempuannya.



* saiz : 25cm (tinggi) x 32cm (lebar) x 12cm (tapak)

*zip closure

* Ada 3 poket didalam dan 2 di luar

Untuk sebarang pertanyaan dan juga tempahan bolehlah e-mail kepada noriatisaud@gmail.com atau sms/whatsapp 019-6832397.


Thursday, October 30, 2014

Pencil case bersulam

Assalamualaikum

Tempahan ulangan dari Puan Atijah untuk anak-anak dan anak saudaranya. Beliau minta saya panjangkan sikit pencil case ni supaya muat untuk pembaris anaknya yang panjang.



*Saiz: 6" x 11"

Untuk sebarang pertanyaan dan juga tempahan bolehlah e-mail kepada noriatisaud@gmail.com atau sms/whatsapp 019-6832397.

Friday, October 3, 2014

Beg sejadah 2 dalam 1

Assalamualaikum

"Senang dibawa, mudah digunakan". Beg ni dijahit sekali dengan sejadah. Jadi sangat senang jika kita nak ke mana-mana. Masukkan telekung ke dalam beg dan sudah sedia jika kita perlu solat di mana-mana saja. Dalam satu beg saja.

 * Badan beg

* Bahagian dalam beg

 * Sejadah yang dijahit bersama beg

* Masukkan telekung, zip beg, siap

Untuk pertanyaan dan tempahan : e-mail -noriatisaud@gmail.com
                                                       wasap - 019-6832397

Thursday, October 2, 2014

Tote bag + pencil case

Assalamualaikum


Dah lama betul tinggalkan blog kesayangan yang satu ni. Alhamdulillah hari ni berkesempatan unpdate blog bersama hasil jahitan yang ditempah. Sekarang ni pun set beg ni dah selamat smpai ke tangan tuan punya. Dan yang paling penting Pn Atijah berpuas hati dan anak-anak beliau juga gembira mendapat hadiah ni dari mama mereka.


Pencil case yang pertama untuk anak sulung lelaki. Budak-budak lelaki biasalah sukakan kereta. Jadi saya jahitkan badan pencil case dari denim bersama dengan kain yang mempunya gambar kereta. Kemudian sulam pulak nama. Itu yang anak-anak suka tu.


Ini pulak untuk anak perempuan. Nama secantik tuannya. Dengarnya begitu semangat dan rajin belajar dengan adanya beg dan pencil case baru.


Tote bag ni boleh digunakan untuk ke kelas tusyen. Boleh juga bawa telekung solat ke kelas agama. Terima kasih Pn Atijah kerana sudi menempah.

Untuk pertanyaan dan tempahan : e-mail -noriatisaud@gmail.com
                                                       wasap - 019-6832397