Followers

Tuesday, September 8, 2015

Baju kurung Pahang

Assalamualaikum

Kedua-dua pasang baju ni adalah tempahan dari pelanggan saya. Kedua-duanya baju kurung Pahang



Sunday, September 6, 2015

Baju kurung nursing

Assalamualaikum

Baju ni ditempah oleh kawan saya Anis. Kain Japanese Cotton ni kain Anis sendiri. Anis nak saya buatkan baju kurung biasa tapi nursing friendly. Saya rujuk cara-cara jahit baju nursing ni dari blog Cik Su. Terima kasih Cik Su kerana banyak membantu.


* Belahan leher baju dilabuhkan supaya senang nak menyusukan anak


* Ada pelapik di bahagian dalam baju supaya tak terdedah semua semasa menyusu



* Anis menempah 2 pasang baju kurung

Friday, September 4, 2015

Busana untuk pertunjukan fesyen

Assalamualaikum

Macam gah je kan kalau tengok tajuk blog saya hari ni. Sebenarnya 30 Ogos lepas saya menyertai pertunjukan fesyen yang dikelolakan oleh Akademi Jahitan Yong Mei, tempat yang saya belajar menjahit tu. Show tu diadakan di Palm Mall Seremban sempena countdown Merdeka.

Cerita yang selanjutnya boleh baca di sini

Di bawah ni 3 pasang baju yang saya jahit bersama model pada malam tu.
 * Ema dengan dress kelabu. Kain dan lace ni saya beli di Vietnam. 

 * Busana kedua: Eja dengan fesyen fishtail

* Deress ketiga diperaga oleh Siti. Dengan lace besar dipinggang. Dilengkapi dengan tali pinggang yang diikat dibelakang menambah ramping Siti..

Jahitan manik di baju dijahit oleh kakak saya :)

* Baju saya simple je. Baju kurung moden, kain susun belakang dengan hiasan manik tabur di lengan baju. Haaa yang ni saya jahit sendiri maniknya....hehehe

Oklah, jumpa lagi ...