Followers

Thursday, May 8, 2014

Line-A skirt

Assalamualaikum

Sepanjang minggu lepas sibuk sikit mengemas. Adalah sikit masukkan barang-barang dalam kotak. Kebetulan minggu lepas Golden Week, cuti panjang, suami pun tak kerja. Bolehlah kami mengemas bersama-sama.

Sabtu hari tu kami menjemput kawan-kawan datang makan tengahari di rumah. Malam sebelum tu saya pulun jahit skirt untuk pakai esoknya. Konon nak pakai masa kawan-kawan datanglah. Saya jahit skirt yang mudah je. Sekejap je dah siap.

Saya dapatkan cara-cara jahit skirt di http://blvddesigns.wallypop.net/?p=26. Ada lagi beberapa link yang menerangkan cara-cara jahit skirt.

Sekarang ni saya lebih suka pakai skirt berbanding seluar. Kalau pakai seluar pun, pakai yang longgar-longgar. Saya rasa rimas kalau pakai seluar yang sendat. Lagipun memang tak elok pakai seluar yang sendat kan. Sebab tu lah saya suka jahit skirt sendiri. Jahit yang senang-senang je dulu. Yang susah-susah tu kena berguru barulah jadi.

Kain polka dot ni saya beli dengan harga 108 yen per meter, jadi saya beli 2m untuk jahit skirt ni. Kain licin dan sejuk. Memang best je pakai. Sebelum ni saya ada jahitkan sehelai maxi-skirt tapi kain tu ringan dan keras jadi tak cantik dipakai. Skrit tu jadi kejung je. Sampai sekarang saya tak pakai. In sya Allah saya akan buka jahitan dan baiki atau mungkin saya jadikan sesuatu yang lain.

 * Line- A skirt 

* Maxi skirt saya yang kejung tu

Macam-macam jenis skirt saya rasa nak jahit ni. Sekarang pantang nampak fabrik yang cantik, mesti bayangkan nak jahit skirt, hehehe. Nak kena cari guru jugak ni. In sya Allah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.



No comments:

Post a Comment