Followers

Monday, April 28, 2014

Label

Assalamualaikum


Dah lama teringin nak ada label sendiri. Label yang nak dijahit sekali dengan hasil jahitan saya. Alhamdulillah semalam impian tercapai. Saya telah ada label sendiri. Walaupun tidak semahal orang lain, tapi saya puas sebab ianya hasil design dari suami tersayang. Bersungguh-sungguh Cik Abang menyiapkan design dan melayan kehendak isteri dia ni. 


Saya memilih nama "Tie Azabu" sebagai label saya sebagai memperingati nama Minami Azabu, tempat tinggal kami di Jepun ni. Di sinilah saya mula menjahit pelbagai jenis beg. Walaupun masih dalam proses belajar tapi saya bangga dengan hasilnya dan bagi saya setiap satu adalah istimewa.

Label saya ni boleh dikatakan DIY label sebab semuanya dibuat sendiri. Dari design sehinggalah label siap. Saya menggunakan iron on printpaper. Cetak je design atas kertas tu dan iron dengan suhu yang tinggi di atas riben atau kain yang akan dijadikan label.

Jadi, bermula dari hari ini, hasil jahitan saya seperti beg atau pouch akan ada label. 


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Thursday, April 24, 2014

Beg 'toiletries'

Assalamualaikum

Sudah lama Pn Fasihah menempah beg toiletries ni. Dia kata nak beg toiletries yang besar supaya bila balik ke kampung dia boleh masukkan semua keperluannya dengan suami dalam satu beg. Hari ni saya telah siapkan beg untuk Pn Fasihah. Simple saja. Nak jahit yang macam jual di kedai tu saya takreti pulak. Harap Pn Fasihah suka dengan beg ni.
 Saiz : 23cm (lebar) x 19cm (tinggi) x 12cm (tapak)

Sebagai lining saya memilih untuk menggunakan laminated fabric supaya hanya perlu lap kalau basah.


 * boleh masukkan segala keperluan anda

 *Menggunakan laminated fabric sebagai lining




******************************************************


*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Monday, April 21, 2014

Japanese metal frame purse

Assalamualaikum

Metal frame purse berbentuk leper
Harga: RM8 tak termasuk pos

 MF 01

 MF 02

 MF 03

Metal frame purse berbentuk bulat
Harga: RM8 (tak termasuk pos)

 MF 04

 MF 05

MF 06


******************************************************



*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Friday, April 11, 2014

DIY: Hias bekas

Assalamualaikum

Bertemu lagi dalam entri yang baru. Hari ini saya bukan menulis entri tentang jahitan tetapi tentang hias menghias yang tak seberapa. Bekas yang saya nak hias ni sebenarnya hanya bekas coklat M&M yang suami beli lama dulu. Suami memang suka beli coklat kalau ke luar negara. Dia tahu kalau beli coklat mesti laku sebab anak-anak semua "hantu" coklat :).

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bekas
Kertas pembalut hadiah
Gunting
Double sided tape
Selotape
Lace
Bunga yo yo atau pun riben


Lekatkan double sided tape di bekas. Ambil kertas pembalut hadia dan balut bekas.


Kemaskan bekas yang sudah dibalut tadi.


Bolehlah dihias dengan lace dan juga bunga yo yo. Saya memilih bunga yo yo sebab bekas ni saya gunakan untuk menyimpan bunga yo yo saya yang entah bila akan menjadi produk yang berguna dan cantik.


*Bunga yo yo

 *Siap 2 bekas

*Lebih ceria

Alhamdulillah siap. Walaupun tak berapa cantik tapi bolehlah. Nanti tak lah Adib asyik nak M&M je setiap kali tengok bekas coklat tu.


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Wednesday, April 9, 2014

Siapa Atie?

Assalamualaikum


Salam perkenalan dari saya, Noriati Saud. Surirumah kepada seorang suami penyayang dan supportive serta ibu kepada 4 orang hero yang handsome. Blog ini saya wujudkan untuk berkongsi minat saya dalam dunia jahitan dan sulaman. Minat saya yang dipupuk sedikit demi sedikit ini diharap dapat membantu saya menjana pendapatan pula.

Sebagai surirumah sepenuh masa, disamping menjaga keluarga, saya juga menghabiskan masa saya bersama mesin-mesin jahit. Kepuasan jelas terasa apabila melihat beg-beg dan sulam-sulaman yang telah disiapkan. Jahitan merupakan terapi kepada saya.

In sya Allah dalam blog ini saya akan berkongsi hasil jahitan dan juga tutorial jahitan jika saya berkesempatan. Semoga blog ini bermanfaat kepada sesiapa yang sudi membacanya.