Dah lama teringin nak ada label sendiri. Label yang nak dijahit sekali dengan hasil jahitan saya. Alhamdulillah semalam impian tercapai. Saya telah ada label sendiri. Walaupun tidak semahal orang lain, tapi saya puas sebab ianya hasil design dari suami tersayang. Bersungguh-sungguh Cik Abang menyiapkan design dan melayan kehendak isteri dia ni.
Saya memilih nama "Tie Azabu" sebagai label saya sebagai memperingati nama Minami Azabu, tempat tinggal kami di Jepun ni. Di sinilah saya mula menjahit pelbagai jenis beg. Walaupun masih dalam proses belajar tapi saya bangga dengan hasilnya dan bagi saya setiap satu adalah istimewa.
Label saya ni boleh dikatakan DIY label sebab semuanya dibuat sendiri. Dari design sehinggalah label siap. Saya menggunakan iron on printpaper. Cetak je design atas kertas tu dan iron dengan suhu yang tinggi di atas riben atau kain yang akan dijadikan label.
Jadi, bermula dari hari ini, hasil jahitan saya seperti beg atau pouch akan ada label.
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Sehingga bertemu lagi. Wassalam.
No comments:
Post a Comment