Followers

Wednesday, May 14, 2014

Bilik jahit idaman

Assalamualaikum

Memang seronok menjahit di bilik yang luas dan selesa. Di rumah saya kat Seremban tu memang ada satu bilik yang saya jadikan bilik menjahit. Bilik tu juga diletakkan rak buku dan dijadikan bilik menggosok baju. Walaupun bilik tu tak sebesar mana, cukuplah dijadikan tempat saya bertapa. Yang penting saya boleh "sepahkan" sesuka hati saya. 

Sebenarnya, since sekarang ni tak menjahit, saya berangan-anganlah macam mana saya nak cantikkan bilik menjahit saya bila saya balik nanti. Kalau boleh saya nak bilik tu nanti tidak padat dengan barang-barang dan juga yang penting saya senang nak capai semua keperluan seperti kain dan alatang menjahit yang lain.

Sambil-sambil tu saya dengan pertolongan mr google, mencari-cari idea sambil cuci mata tengok bilik menjahit orang. Gambar-gambar ni sebagai terapi mata saya saja, bukannya nak tiru pun. Lagipun saya hanya pinjam je gambar-gambar ni ye bukan curi.

Ruang dan susun atur seperti berikut bagi saya in sya Allah mampu drealisasikan. Bergantung kepada bajet dan ruang. Kalau gambar yang pertama ni tak mampulah saya ikut sebab bilik menjahit saya cinonet je..hehehe.

 Saya suka ruang yang simple dan senang capai macam ni. Harap tak adalah budak-budak kat rumah nak kacau gunting yang tajam atau riben yang bergantungan tu.






Wah..tak sabarnya nak kemas bilik jahit sendiri. Harap-harap bila ada bilik jahit yang selesa nanti, mood dan idea untuk menjahit datang mencurah-curah. Semoga Allah permudahkan segalanya.




Tuesday, May 13, 2014

Mesin jahit Brother

Assalamualaikum


Inilah mesin jahit peneman saya di Jepun ni. Dah banyak mesin jahit ni berjasa walaupun baru setahun saya menggunakannya. Saya beli mesin ni pun dengan duit sendiri tau...yelah duit yang suami hadiahkan. Masa tu mesin jahit yang saya bawak dari Malaysia dah tak larat nak berkhidmat lagi. Jadi saya rasa nilah masanya nak tukar dengan mesin yang lain.

Survey punya survey nilah mesin jahit yang memenuhi kriteria iaitu yang mempunyai banyak bunga dan yang penting dalam budget. Yang paling saya suka ialah ia boleh menbuat lubang butang mengikut saiz butang yang diletakkan dihujung tapak lubang butang tu. Jadi senang sikit, tak perlulah nak ukur saiz butang dan nak buat garisan mengikut saiz butang tu lagi.

Wide table juga diberi semasa membeli masin jahit ni. Senang kalau kita nak membuat quilt. Ia juga automatik. Tekan je butang start, ia jalan dan tekan lagi sekali ia akan stop. tak perlu tekan pedal. Tapi nak guna pedal pun boleh. Pedal juga disertakan. Saya lebih suka guna pedal sebab senang nak control jahitan.

Pernah juga suami tanya, nak jual ke mesin ni bila nak balik Malaysia nanti sebab mesin ni guna 100 watt, tak sama dengan negara kita. Saya tak nak jual sebab saya sayang. Lagipun saya belum ada portable mesin jahit. Di Malaysia saya hanya ada mesin jahit industri dan mesin jahit sulam. Jadi saya perlu juga mesin jahit ni kalau nak buat lubang butang.

Sejak Ahad lepas, mesin jahit saya ni dah siap dimasukkan dalam kotak. Seminggu ni tak adalah saya nak menjahit. Rindu pulak nak menjahit. Nak isi masa lapang, tinjau-tinjau blog jahit kawan-kawan pun jadilah. Dapat jugak melepas rindu..:).

 *bertungkus-lumus cik abang  menyimpan dalam kotak


*duduklah baik-baik dalam kotak ni ye 


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Saturday, May 10, 2014

Backpack untuk Puteri

Assalamualaikum

Hari ni siap jahit sebuah backpack kecik. Niat saya nak hadiahkan backpack ni untuk anak saudara saya Puteri. Bulan depan Puteri genap setahun. Kiranya ni hadiah harijadilah. In sya Allah sempatlah bawak balik kampung bulan 6 ni. 

Ini kali kedua saya jahit backpack selepas percubaan pertama backpack yang ditempah oleh Anis untuk anaknya Aidin masuk youchien tahun lepas. Seronok juga jahit backpack sebab hasilnya yang comellebih-lebh lagi kalau beg tu kecik je macam beg ni.

Backpack ni simple je, bentuk empat segi macam kotak. Dalamnya pun tak ada poket. Yelah cukup untuk mak Puteri masukkan beberapa keperluan Puteri dalam beg ni nanti seperti diaper dan baju sehelai dua.

 *motif animal yang cute

 *bahagian belakang

 * drawstring dan velcro sebagai penutup

 * string stopper smiley face yang cute

 *saya menggunakan eyelet 

 *bahagian dalam beg

 *bunga yo yo dan ladybugs sebagai penyeri beg

 *tali belakang boleh dilaras kepanjangannya

* model pinjam sedang menggayakan backpack

 *berangan nak pergi sekolah


Inilah tools yang saya gunakan untuk menyiapkan beg tu tadi. Berkletung-kletang saya bertukang. Sebenarnya saja saya menggunakan eyelet tu sebab dah lama beli tak berpakai. Jadi saya dapat idea nak gunakan pada beg tu. Alhamdulillah jadi. Risau juga masa tebuk beg tu tadi. Kot-kot tak jadi habis berlubang beg tu dan tak pasal-pasal kena buat yang lain.

Nampak gayanya beg ni merupakan beg terakhir saya jahit di sini. Lepas ni dah nak simpan mesin jahit dalam kotak. Sekarang ni tengah kemas barang-barang masuk kotak. Tinggal seminggu lagi...sob sob.

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Friday, May 9, 2014

sling bag

Assalamualaikum

Alhamdulillah siap juga akhirnya sling bag saya ni. Kainnya dah lama potong, baru hari ni dapat disiapkan. Sebenarnya bukan lama pun nak siapkan beg ni jika telah potong kain dan iron kain gam. Tadi saya cuma ambil masa kurang dari sejam untuk siapkan jahitan.

Saya menggunakan denim untuk outer body dan cotton untuk lining. Untuk menyerikan lagi beg ni saya applique kan bentuk hati yang menggunakan kaedah patchwork.

 * Tali yang boleh dilaras

 * applique menggunakan blanket stitch , guna mesin

* penyangkut di bahagian atas

* terdapat poket berzip dibahagian dalam






Thursday, May 8, 2014

Line-A skirt

Assalamualaikum

Sepanjang minggu lepas sibuk sikit mengemas. Adalah sikit masukkan barang-barang dalam kotak. Kebetulan minggu lepas Golden Week, cuti panjang, suami pun tak kerja. Bolehlah kami mengemas bersama-sama.

Sabtu hari tu kami menjemput kawan-kawan datang makan tengahari di rumah. Malam sebelum tu saya pulun jahit skirt untuk pakai esoknya. Konon nak pakai masa kawan-kawan datanglah. Saya jahit skirt yang mudah je. Sekejap je dah siap.

Saya dapatkan cara-cara jahit skirt di http://blvddesigns.wallypop.net/?p=26. Ada lagi beberapa link yang menerangkan cara-cara jahit skirt.

Sekarang ni saya lebih suka pakai skirt berbanding seluar. Kalau pakai seluar pun, pakai yang longgar-longgar. Saya rasa rimas kalau pakai seluar yang sendat. Lagipun memang tak elok pakai seluar yang sendat kan. Sebab tu lah saya suka jahit skirt sendiri. Jahit yang senang-senang je dulu. Yang susah-susah tu kena berguru barulah jadi.

Kain polka dot ni saya beli dengan harga 108 yen per meter, jadi saya beli 2m untuk jahit skirt ni. Kain licin dan sejuk. Memang best je pakai. Sebelum ni saya ada jahitkan sehelai maxi-skirt tapi kain tu ringan dan keras jadi tak cantik dipakai. Skrit tu jadi kejung je. Sampai sekarang saya tak pakai. In sya Allah saya akan buka jahitan dan baiki atau mungkin saya jadikan sesuatu yang lain.

 * Line- A skirt 

* Maxi skirt saya yang kejung tu

Macam-macam jenis skirt saya rasa nak jahit ni. Sekarang pantang nampak fabrik yang cantik, mesti bayangkan nak jahit skirt, hehehe. Nak kena cari guru jugak ni. In sya Allah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.



Friday, May 2, 2014

Tote bag untuk bonda

Assalamualaikum

"Ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku..".

Tote bag ni saya jahit dengan penuh kasih sayang khas buat Mok saya. Tak semestinya kita memberi hadiah yang mahal-mahal. Mudah-mudahan Mok saya menerima hadiah saya ini dengan perasaan gembira. Saya jahitkan beg ini supaya Mok boleh gunakan untuk membawa telekung solat serta Al-Quran dalam bulan Ramadan nanti. In sya Allah sempatlah saya balik ke Malaysia nanti dan beri sendiri beg ini kepada Mok.


Lebih istimewa lagi, beg ini merupakan beg pertama yang menggunakan label "Tie Azabu". Penghargaan ini saya berikan kepada Mok yang begitu istimewa bagi saya. Semoga Allah memberi keberkatan kepada saya dalam bidang jahitan ni.

 *label dijahit di poket

 * hanya satu poket slip di dalam

 * magnetic button closure

* semoga Mok suka

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.