Followers

Saturday, May 10, 2014

Backpack untuk Puteri

Assalamualaikum

Hari ni siap jahit sebuah backpack kecik. Niat saya nak hadiahkan backpack ni untuk anak saudara saya Puteri. Bulan depan Puteri genap setahun. Kiranya ni hadiah harijadilah. In sya Allah sempatlah bawak balik kampung bulan 6 ni. 

Ini kali kedua saya jahit backpack selepas percubaan pertama backpack yang ditempah oleh Anis untuk anaknya Aidin masuk youchien tahun lepas. Seronok juga jahit backpack sebab hasilnya yang comellebih-lebh lagi kalau beg tu kecik je macam beg ni.

Backpack ni simple je, bentuk empat segi macam kotak. Dalamnya pun tak ada poket. Yelah cukup untuk mak Puteri masukkan beberapa keperluan Puteri dalam beg ni nanti seperti diaper dan baju sehelai dua.

 *motif animal yang cute

 *bahagian belakang

 * drawstring dan velcro sebagai penutup

 * string stopper smiley face yang cute

 *saya menggunakan eyelet 

 *bahagian dalam beg

 *bunga yo yo dan ladybugs sebagai penyeri beg

 *tali belakang boleh dilaras kepanjangannya

* model pinjam sedang menggayakan backpack

 *berangan nak pergi sekolah


Inilah tools yang saya gunakan untuk menyiapkan beg tu tadi. Berkletung-kletang saya bertukang. Sebenarnya saja saya menggunakan eyelet tu sebab dah lama beli tak berpakai. Jadi saya dapat idea nak gunakan pada beg tu. Alhamdulillah jadi. Risau juga masa tebuk beg tu tadi. Kot-kot tak jadi habis berlubang beg tu dan tak pasal-pasal kena buat yang lain.

Nampak gayanya beg ni merupakan beg terakhir saya jahit di sini. Lepas ni dah nak simpan mesin jahit dalam kotak. Sekarang ni tengah kemas barang-barang masuk kotak. Tinggal seminggu lagi...sob sob.

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment