Followers

Thursday, October 2, 2014

Tote bag + pencil case

Assalamualaikum


Dah lama betul tinggalkan blog kesayangan yang satu ni. Alhamdulillah hari ni berkesempatan unpdate blog bersama hasil jahitan yang ditempah. Sekarang ni pun set beg ni dah selamat smpai ke tangan tuan punya. Dan yang paling penting Pn Atijah berpuas hati dan anak-anak beliau juga gembira mendapat hadiah ni dari mama mereka.


Pencil case yang pertama untuk anak sulung lelaki. Budak-budak lelaki biasalah sukakan kereta. Jadi saya jahitkan badan pencil case dari denim bersama dengan kain yang mempunya gambar kereta. Kemudian sulam pulak nama. Itu yang anak-anak suka tu.


Ini pulak untuk anak perempuan. Nama secantik tuannya. Dengarnya begitu semangat dan rajin belajar dengan adanya beg dan pencil case baru.


Tote bag ni boleh digunakan untuk ke kelas tusyen. Boleh juga bawa telekung solat ke kelas agama. Terima kasih Pn Atijah kerana sudi menempah.

Untuk pertanyaan dan tempahan : e-mail -noriatisaud@gmail.com
                                                       wasap - 019-6832397

2 comments:

  1. comelnyer..bersemangat nak menjahit

    ReplyDelete
  2. Tq...bermula dgn kain2 yg cantik..lg bertambah semangat nak jahit..hasilnya pun pasti cantik :-)

    ReplyDelete