Followers

Tuesday, May 13, 2014

Mesin jahit Brother

Assalamualaikum


Inilah mesin jahit peneman saya di Jepun ni. Dah banyak mesin jahit ni berjasa walaupun baru setahun saya menggunakannya. Saya beli mesin ni pun dengan duit sendiri tau...yelah duit yang suami hadiahkan. Masa tu mesin jahit yang saya bawak dari Malaysia dah tak larat nak berkhidmat lagi. Jadi saya rasa nilah masanya nak tukar dengan mesin yang lain.

Survey punya survey nilah mesin jahit yang memenuhi kriteria iaitu yang mempunyai banyak bunga dan yang penting dalam budget. Yang paling saya suka ialah ia boleh menbuat lubang butang mengikut saiz butang yang diletakkan dihujung tapak lubang butang tu. Jadi senang sikit, tak perlulah nak ukur saiz butang dan nak buat garisan mengikut saiz butang tu lagi.

Wide table juga diberi semasa membeli masin jahit ni. Senang kalau kita nak membuat quilt. Ia juga automatik. Tekan je butang start, ia jalan dan tekan lagi sekali ia akan stop. tak perlu tekan pedal. Tapi nak guna pedal pun boleh. Pedal juga disertakan. Saya lebih suka guna pedal sebab senang nak control jahitan.

Pernah juga suami tanya, nak jual ke mesin ni bila nak balik Malaysia nanti sebab mesin ni guna 100 watt, tak sama dengan negara kita. Saya tak nak jual sebab saya sayang. Lagipun saya belum ada portable mesin jahit. Di Malaysia saya hanya ada mesin jahit industri dan mesin jahit sulam. Jadi saya perlu juga mesin jahit ni kalau nak buat lubang butang.

Sejak Ahad lepas, mesin jahit saya ni dah siap dimasukkan dalam kotak. Seminggu ni tak adalah saya nak menjahit. Rindu pulak nak menjahit. Nak isi masa lapang, tinjau-tinjau blog jahit kawan-kawan pun jadilah. Dapat jugak melepas rindu..:).

 *bertungkus-lumus cik abang  menyimpan dalam kotak


*duduklah baik-baik dalam kotak ni ye 


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


No comments:

Post a Comment