Followers

Tuesday, February 2, 2016

Design Beg Sejadah 2 in 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih diberi kesempatan nak update blog yang  dah lama bersawang ni. Kali ni saya nak kongsikan beberapa design beg sejadah 2 in 1 yang telah saya siapkan. Beg-beg ni telah selamat sampai kepada tuannya. alhamdulillah.

Biasanya beg sejadah ni saya akan jahit bila ada yang menempah. Maknanya saya tak buat stok.

Memang berbaloi memiliki beg sejadah 2 in 1 ni sebab beg ni telah siap dijahit bersama sejadah. Hanya masukkan telekung ke dalam beg,lipat dan zipkan saja. Siap sedia untuk dibawa ke mana-mana. Bila nak guna, bentangkan saja beg tersebut.

* Beg bila dibuka zip

* Bila sejadah dibentangkan. Corak sejadah akan berubah-ubah mengikut stok sejadah yang ada

* Masukkan telekung dan zip.

Di bawah ni ada beberapa design beg sejadah yang telah saya siapkan. Warna fabrik di pilih oleh pelanggan dan saya akan mencadangkan kombinasinya. 







2 comments:

  1. Assalam..macam mana nak tempah? berapa harga

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam...kalau nak tempah sis boleh whatsapp saya 0196832397. Tq

    ReplyDelete