Followers

Tuesday, November 25, 2014

Tutorial : Bagaimana nak jahit hexagon

Assalamualaikum

Ihsan google

Hari ni rasa macam nak kongsi ilmu sikit. Dulu-dulu saya selalu confuse macamana orang jahit hexagon dan cantumkan jadi cadar atau selimut. Sejak masuk dalam Group Perca, Reja dan Barang Kitar semula di FB, banyak ilmu dikongsi. Dari situlah saya mengetahui cara-cara mencantum hexagon. 

Jadi hari ni saya pula nak berkongsi dengan pembaca di blog ni. Saya ni bukanlah pandai sangat tapi insyaAllah bolehlah membantu.


Mula-mula print template berbentuk hexagon. Boleh download di sini. Kemudian potong mengikut bentuk hexagon tu.

Saya menggunakan hexagon bersaiz 2.5"

Dengan bantuan penebuk lubang, tebuk 2 lubang ditengah-tengah hexagon. Cara ni optional saja tapi bagi saya ianya memang memudahkan saya ketika proses menjahit nanti.

Pinkan template hexagon tadi dengan sehelai kain melalui lubang yang telah ditebuk

Lipat kain iaitu balut template hexagon dan jahit di setiap bucu menggunakan jarum jahit tangan

Inilah rupanya hexagon yang sudah siap dijahit. Teruskan jahit banyak lagi

Kemudian pilih sekeping lagi template yang telah siap dibalut. Temukan keduanya dan jahit

Kedua-dua template ditemukan dan jahit kedua-dua sekali. Jahitannya mestilah halus tanpa menjahit kertas template di dalamnya. Hanya jahit kain saja

Inilah rupanya setelah keduanya dijahit bersama (bahagian belakang)

(bahagian depan)

Teruskan mencantum/menjahit template mengikut design yang dikehendaki

Bahagian belakang

Kemudian bolehlah dibuka kertas template dibahagian dalam kain tadi. Kertas tadi tu boleh digunakan semula.

Macam-macam kita boleh buat dengan hexagon ni. Selaindari cadar dan selimut kita juga boleh buat beg, cenderamata, sarung kusyen dan macam-macam lagi. Cubalah.


 Beg (Ihsan google)

  sarung kusyen (Ihsan google)

 purse (Ihsan google)

Friday, November 14, 2014

Beg tusyen

Assalamualaikum

Kali ni saya nak tayang beberapa buah beg tusyen yang telah saya siapkan

 Saiz : 33 cm (lebar) x 27cm (tinggi)
 Tangkai : 48cm








Sunday, November 2, 2014

Drawsting bag

Assalamualaikum

Drawstring bag atau beg jerut niboleh letak macam-macam. Nak letak telekung solat pun boleh, nak bawak jalan-jalan pun boleh.

Saiz: 15" (lebar) x  8" (tinggi) x  6" (tapak)



 *sold

  *sold





Untuk sebarang pertanyaan dan juga tempahan bolehlah e-mail kepada noriatisaud@gmail.com atau sms/whatsapp 019-6832397.

Saturday, November 1, 2014

Curvy clutch

Assalamualaikum



 * sold

 * sold



Untuk sebarang pertanyaan dan juga tempahan bolehlah e-mail kepada noriatisaud@gmail.com atau sms/whatsapp 019-6832397.