Followers

Monday, June 1, 2015

Jahit baju pulak

 Assalamualaikum

Sekarang ni saya juga mengambil tempahan menjahit baju wanita. Baju kurung moden, baju kurung biasa dan juga baju kurung pahang.

* Label baru 






Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi/wasap saya di no 019-6832397

Friday, May 29, 2015

Tempahan lagi

 Assalamualaikum

Alhamdulillah, semua beg ni selamat sampai ke tangan yang menempah.

* Lega dapat siapkan semua ni

* Tote bag

* Pencil case

* Pencil case saiz xxl siap bertangkai

 * Tote bag dengan zip

* Yang ni pun tote bag dengan zip

Terima kasih kepada yang sudi menempah dengan saya. Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan bolehlah wassap saya di 019-6832397.

Friday, February 13, 2015

Tempahan dari Puan Sera

Assalamulaikum

 Puan Sera ada 5 orang anak. 4 perempuan dan seorang lelaki. Jadi beliau menempah 5 set beg iaitu beg beserta pencil case dengan kain yang sedondong siap bersulam nama.

 5 set beg yang telah ditempah oleh Pn Sera

* Pencil case

* Massenger bag

 * Tote bag

* Tuition bag

Terima kasih Puan Sera :-)

Untuk sebarang pertanyaan dan juga tempahan bolehlah e-mail kepada noriatisaud@gmail.com atau sms/whatsapp 019-6832397.

Wednesday, February 11, 2015

Tempahan dari Puan Zawati

Assalamualaikum

Puan Zawati menempah beg tusyen untuk anak-anaknya dan juga curvy wrislet. Kata beliau untuk dihadiahkan kepada kawannya sempena hari lahir. Beliau meminta saya sulam nama untuk kesemua beg itu.





Terima kasih kepada Puan Zawati kerana sudi menempah dengan saya.


Untuk sebarang pertanyaan dan juga tempahan bolehlah e-mail kepada noriatisaud@gmail.com atau sms/whatsapp 019-6832397.

Monday, February 9, 2015

Tempahan dari Cikgu Azlina

Asslamualaikum

 Cikgu Azlina menempah untuk diri sendiri dan juga anak-anak beliau. Beliau memilih fabrik yang sedondong untuk semua beg termasuk untuk anak perempuannya. Manakala untuk anak lelakinya Cikgu Azlina memilih fabrik bola sepak. Budak-budak lelaki kan suka bola sepak. Jadi sesuai sangatlah.

* Ada 3 saiz pencil case


* Cikgu Azlina meminta tote bag yang besar. Bolehlah muatkan  rekod mengajar dan buku-buku latihan murid. Saya namakan Super Large Tote

* Drawstring bag ni boleh masukkan telekung atau barang peribadi yang lain

Untuk sebarang pertanyaan dan juga tempahan bolehlah e-mail kepada noriatisaud@gmail.com atau sms/whatsapp 019-6832397.



Tuesday, November 25, 2014

Tutorial : Bagaimana nak jahit hexagon

Assalamualaikum

Ihsan google

Hari ni rasa macam nak kongsi ilmu sikit. Dulu-dulu saya selalu confuse macamana orang jahit hexagon dan cantumkan jadi cadar atau selimut. Sejak masuk dalam Group Perca, Reja dan Barang Kitar semula di FB, banyak ilmu dikongsi. Dari situlah saya mengetahui cara-cara mencantum hexagon. 

Jadi hari ni saya pula nak berkongsi dengan pembaca di blog ni. Saya ni bukanlah pandai sangat tapi insyaAllah bolehlah membantu.


Mula-mula print template berbentuk hexagon. Boleh download di sini. Kemudian potong mengikut bentuk hexagon tu.

Saya menggunakan hexagon bersaiz 2.5"

Dengan bantuan penebuk lubang, tebuk 2 lubang ditengah-tengah hexagon. Cara ni optional saja tapi bagi saya ianya memang memudahkan saya ketika proses menjahit nanti.

Pinkan template hexagon tadi dengan sehelai kain melalui lubang yang telah ditebuk

Lipat kain iaitu balut template hexagon dan jahit di setiap bucu menggunakan jarum jahit tangan

Inilah rupanya hexagon yang sudah siap dijahit. Teruskan jahit banyak lagi

Kemudian pilih sekeping lagi template yang telah siap dibalut. Temukan keduanya dan jahit

Kedua-dua template ditemukan dan jahit kedua-dua sekali. Jahitannya mestilah halus tanpa menjahit kertas template di dalamnya. Hanya jahit kain saja

Inilah rupanya setelah keduanya dijahit bersama (bahagian belakang)

(bahagian depan)

Teruskan mencantum/menjahit template mengikut design yang dikehendaki

Bahagian belakang

Kemudian bolehlah dibuka kertas template dibahagian dalam kain tadi. Kertas tadi tu boleh digunakan semula.

Macam-macam kita boleh buat dengan hexagon ni. Selaindari cadar dan selimut kita juga boleh buat beg, cenderamata, sarung kusyen dan macam-macam lagi. Cubalah.


 Beg (Ihsan google)

  sarung kusyen (Ihsan google)

 purse (Ihsan google)